Setiap tahun, beribu-ribu pesakit mengalami pelbagai jenis kerosakan kulit yang biasanya terjadi dari kebakaran disebabkan air dan minyak yang panas. Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), telah dinyatakan bahawa lebih daripada 30,000 kes berlaku setiap tahun disebabkan oleh cabaran untuk regenerasi lapisan kulit. Di negara-negara membangun, rawatan luka seperti ulser kulit dan pembakaran merupakan beban kesihatan utama dan cabaran klinikal. Penyembuhan luka yang lambat adalah proses yang kompleks dan interaktif, oleh itu peptida terapeutik menjadi penting sebagai ubat yang berpotensi kerana ia mempunyai kelebihan berbanding protein dan antibodi dari segi kos pengeluaran yang lebih rendah dan kestabilan yang lebih baik. Penggunaan peptida sebagai sebatian dan ramuan biologi yang aktif adalah diperlukan untuk membangunkan kaedah rawatan baru bagi memenuhi keperluan rawatan luka. Peptida telah ditemui dan dikaji berkaitan dengan potensi untuk menyembuhkan kecederaan kulit pada masa ini di mana ubat terapeutik yang sedia digunakan terlalu mahal, toksik dan tidak selamat dalam jangka masa panjang.
Artikel lanjut ; Peptida bio-aktif pendek untuk rawatan luka (PeptHeal) Diagnostik berasaskan asid nukleik untuk leptospirosis Peptida Antibeku untuk Industri Sejukbeku
0 Comments
|
sila komenBaca. Fikir. Kritis. Archives
July 2022
Categories |