Kit Danio Assay dibangunkan dengan menggunakan sifat unik ikan zebra atau nama saintifiknya ialah Danio rerio. Kit Danio Assay merupakan kit yang sedia digunakan bagi menyaring kesan ketoksikan sesuatu bahan kimia/sebatian, ubat-ubatan, bahan kimia, makanan atau minuman. Ia merupakan ujian ketoksikan bagi meramal kesan sampingan jangka pendek atau jangka panjang sesuatu bahan kimia / dadah terhadap manusia. Kit ini mudah digunakan, cepat, kos efektif dan ujikaji tidak memerlukan ruang yang besar. Inovasi Kit Danio Assay yang telah dipatenkan di Malaysia ini ialah ia menggunakan embrio ikan zebra yang bercahaya (luminence), supaya ujikaji toksisiti dapat dijalankan dengan lebih efisien dan tepat. Bagaimana ia berfungsi? Gen bioluminescent yang telah dipencil daripada bakteria dimasukkan ke dalam embrio ikan zebra. Embrio ikan zebra yang telah diubah suai genetiknya (transgenik) digunakan sebagai model haiwan. Perkembangan embrio ikan zebra adalah hampir serupa dengan manusia sebanyak 80%, tetapi yang membezakannya ialah masa perkembangan embrio ikan zebra adalah jauh lebih cepat, perkembangan embrio berlaku diluar perut ibu dan embrio ikan zebra adalah lutsinar. Maka, embrio ikan zebra ini boleh dijadikan panduan untuk mengkaji kesan bahan kimia/dadah atau pencemaran air terhadap manusia daripada sebelum lahir sehingga selepas lahir. info lanjut
35 Comments
Ikan zebra atau nama dagangnya Zebra Danio merupakan ikan air tawar tropika dari keluarga Cyprinidae dan berasal dari rantau Himalaya. Berbanding dengan haiwan seperti tikus, penyelidik/pengguna boleh melakukan ujian ke atas embrio ikan zebra pada kos yang lebih rendah dan mendapatkan hasil dalam masa yang lebih singkat. Masa menjalankan ujikaji berjaya di singkatkan daripada 14 hari menggunakan tikus makmal kepada 3 hari sahaja dengan menggunakan zebra fish.
Seekor ikan zebra betina boleh menghasilkan beratus embrio pada satu masa berbanding dengan tikus iaitu hanya sedozen. Ini dapat mengurangkan masa dan meningkatkan jumlah ujian dan ketepatan data.Ikan zebra juga mempunyai kira-kira 80% daripada urutan gen yang serupa dengan gen manusia. Selain itu, pengurangan ujian haiwan merupakan salah satu matlamat FDA yang dinyatakan dalam ISO10993 dimana ikan zebra adalah organisma alternatif yang sangat efisien bagi menggantikan tikus dan haiwan ujian lain. Penyelidik Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Syahida Ahmad daripada Jabatan Biokimia, Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul UPM, berjaya membangunkan Kit Danio Assay bagi mengesan secara pantas toksisiti bahan kimia atau sebatian secara kos efektif dengan menggunakan ikan hiasan ini. lagi berita |
sila komenBaca. Fikir. Kritis. Archives
July 2022
Categories |