Kaedah rawatan ultrabunyi yang berkeamatan tinggi dan radas untuk digunakan bersama pengadun komersil doh/adunan yang sedia ada untuk meningkatkan ciri-ciri reologi, pengudaraan dan tekstur produk bakeri seterusnya menambahbaik kualiti keseluruhan melalui kaedah pemprosesan
Produk bakeri termasuk roti dan kek menjadi sebahagian besar pemakanan kita sama ada di peringkat tempatan mahupun antarabangsa. Produk bakar biasa bukan sahaja dinilai dari segi rasa tetapi juga kualiti tekstur yang disumbangkan oleh gelembung gas dan struktur berudara. Teknologi/produk ini mampu mengubah dan menambahbaik struktur berudara produk yang dibakar dan menyumbang kepada ciri-ciri tekstur dan cita rasa yang positif/baik. Ia membenarkan pihak pengilang mengawal tekstur dan kualiti keseluruhan produk dengan lebih bebas dan tanpa menggunakan bahan-bahan ramuan yang lain info : http://sciencepark.upm.edu.my/artikel/sistem_penggaulan_berbantukan_ultrabunyi-50693
0 Comments
Kuprum merupakan unsur penting dalam alam sekitar dan tubuh manusia kerana ia membantu tubuh membentuk sel darah merah dan memelihara sel-sel saraf dan sistem imun yang sihat. Ia juga membantu membentuk kolagen, yang merupakan bahagian utama tulang dan tisu penghubung. Oleh itu, kekurangan tembaga menyebabkan gangguan haematologi dan neurologi.
Tetapi, penggunaan berlebihan kuprum berpotensi membawa kepada ketoksikan akut dan pelbagai penyakit neurodegenerative seperti penyakit Alzheimer serta gangguan keradangan pada manusia. Dalam hal ini, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menetapkan paras selamat kuprum(II) dalam air minum menjadi 1.3 ppm (~ 20 μM). Oleh kerana kebimbangan orang awam terhadap tahap kesihatan, permintaan mendesak bagi penentuan dan penghapusan kuprum(II) yang sangat sensitif, selektif dan ekonomik dalam bidang alam sekitar. info http://sciencepark.upm.edu.my/artikel/penapis_air_luaran_dwi_fungsi_fotosensor_penjerap_ion_kuprum_ii-50691 SkytiderR adalah alat yang direkacipta untuk memudahkan kerja pemasangan bunting; berbanding kaedah sedia ada yang memerlukan tangga untuk memanjat dan bilangan pekerja yang ramai. SkytiderR mengaplikasikan kaedah eco-friendly dengan menggantikan penggunaan dawai kepada cable tie. Hal ini kerana pengunaan dawai ketika pemasangan bunting sering menyebabkan peninggalan dawai-dawai lama dan karat pada tiang lampu selepas bunting dicabut dari tiang lampu. SkytiderR membantu dalam pemasangan tanpa perlu individu untuk memanjat, memintal dawai dan paling utama mengelakkan risiko berlaku kemalangan. Antara masalah yang sering dihadapi sewaktu kerja pemasangan bunting adalah risiko terjatuh dari tangga, permukaan tanah yang tidak rata untuk meletakkan tangga, kawasan-kawasan sempit yang sukar dicapai, dan tiang yang berdekatan jalanraya utama dan melibatkan banyak kenderaan. Berdasarkan masalah tersebut, staf Putra Science Park mencetuskan satu inovasi baharu dalam kerja pemasangan bunting. Info : http://sciencepark.upm.edu.my/artikel/skytider_inovasi_penggantung_bunting-50689 |
sila komenBaca. Fikir. Kritis. Archives
July 2022
Categories |