Nanoselulosa merupakan bahan berselulosa dalam skala nano (100 nanometer atau kurang), sama ada dari segi diameter atau panjang. (Nota: Jika dibandingkan dengan rambut manusia dewasa, sehelai rambut manusia dewasa berukuran lebih kurang 80 mikrometer. Oleh itu bagi nanoselulosa yang mempunyai diameter berukuran 80 nanometer, saiznya adalah 1000 kali ganda lebih kecil daripada sehelai rambut!) Nanoselulosa boleh dihasilkan daripada apa-apa bahan berasaskan selulosa, seperti biomas tumbuhan, pulpa dan kertas, kapas dan sebagainya. Memandangkan Malaysia merupakan negara yang kaya dengan pokok kelapa sawit dan menghasilkan banyak biomas sawit, terdapat potensi untuk menghasilkan nanoselulosa daripada biomas sawit. Nanoselulosa adalah bahan yang versatil, di mana ia boleh dihasilkan sesuai dengan aplikasinya. Nanoselulosa secara semulajadinya memiliki sifat yang istimewa seperti ianya kuat dari segi mekanikal, mempunyai luas permukaan spesifik yang tinggi, boleh diperbaharui serta boleh terurai secara bio (biodegradasi). Sifat yang istimewa ini menjadikan nanoselulosa bahan yang sangat sesuai untuk diaplikasikan dalam pelbagai produk seperti produk biokomposit dan bahan pembungkus di mana nanoselulosa berfungsi sebagai bahan untuk menguatkan produk; membran penapis bagi penapisan air dan juga sebagai bahan penapis untuk topeng muka; dalam produk makanan sebagai bahan pemekat; dalam produk kosmetik dan farmaseutikal sebagai pembawa untuk bahan aktif dan ubatan. Artikel penuh...
0 Comments
Pembelajaran Interaktif Bahasa Sepanyol Melalui Aplikasi Blog Dalam Talian Produk yang dicipta ini mengandungi lima lagu dalam bahasa Sepanyol beserta lima animasi yang dihasilkan 100% oleh rakyat Malaysia. Lima lagu yang dicipta ini berteraskan tajuk-tajuk yang dipelajari oleh pelajar pada tahap asas. Produk yang dihasilkan ini bukan bertujuan untuk menyaingi lagu-lagu yang dihasilkan oleh penutur asli bahasa Sepanyol. Tetapi produk ini memberi pilihan kepada pelajar untuk dijadikan bahan rujukan kerana bahan-bahan pengajaran yang diimport dari luar negara sangat mahal harganya. Lagu-lagu yang dicipta berkaitan dengan tajuk Keluarga Saya, Kata Adjektif, Warna, Nombor dan Konjugasi Kata Kerja. Pemilihan lirik dalam lagu ini dicipta khusus bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran bahasa Sepanyol. artikel penuh.. http://www.sciencepark.upm.edu.my/artikel/animasi_video_lagu_bahasa_sepanyol_yang_pertama_di_malaysia-33100 Medical Grade 3D Print (MeG3rD), adalah model anatomi yang direka khas untuk digunakan bagi strategi rawatan perubatan. Ia menggabungkan data sebenar pesakit dan bahan mentah yang bergred perubatan untuk Cetakan 3D. MeG3rD bukan sahaja berupaya untuk meniru sesuatu patalogi (organ berpenyakit) yang kompleks, bahkan tekstur yang dibangunkan juga hampir sama untuk menjadikan struktur anatomi ini lebih realistik. Inovasi ini dapat menyediakan satu persekitaran in-vivo yang ideal bersesuaian untuk prosedur perubatan yang ringkas mahupun kompleks. Perkembangan konsep MeG3rDbermula sekitar tahun 2015 dimana keutamaannya digunakan untuk prosedur invasive minima yang melibatkan panduan imej. Maklum balas yang kuat terhadap keberkesanan model ini kepada pakar perubatan membawa kepada idea pengkomersialan. Pada tahun 2017, Lönge Medikal Sdn. Bhd. secara rasmi bergabung dengan InnoHub® Universiti Putra Malaysia untuk mengukuhkan inisiatif pengkomersialan MeG3rD. Isu Setiap pesakit itu unik (berbeza), maka pelbagai jenis prosedur diperlukan untuk merawat pelbagai jenis pesakit. Walaubagaimanapun, latihan khusus berdurasi panjang diperlukan dan ia mungkin menelan masa bertahu-tahun. Sesetengah latihan prosedur perubatan tidak dapat dijalankan dengan realistik kerana patalogi (organ berpenyakit) setiap pesakit adalah berbeza, Sebagai contoh, barah setiap pesakit adalah berbeza dari segi saiz, bentuk, lokasi dan kompleksiti penyakit tersebut. Walaupun latihan dapat dijalankan ke atas mayat manusia atau model haiwan, terdapat kekangan yang besar seperti kes latihan tidak realistik, kebolehan pembelajaran psikomotor yang terhad, dan paling penting ianya tidak diolah untuk meniru patalogi (organ berpenyakit) pesakit yang sebenar. Situasi ini Ini menjadi faktor utama pembangunan MeG3rD, di mana ia mampu meningkatkan learning curve kepada para pakar dan berpotensi untuk digunakan sebagai simulasi rutin sebelum prosedur sebenar dilakukan. MeG3rD merupakan replika dengan nisbah 1:1 yang dibandingkan dengan patalogi (organ berpenyakit) yang sebenar, dan ini membolehkan peralatan perubatan yang sebenar turut diguna pakai. artikel penuh http://www.sciencepark.upm.edu.my/artikel/cetakan_3d_bergred_perubatan_meg3rd-40793 Dua langkah merekacipta yang baru mampu untuk menggantikan kaedah pengkisaran tradisional untuk memaksimumkan pengeluarkan minyak kelapa sawit daripada sabut mesokarpa tanpa kehadiran kacang kernel, dengan itu dapat meningkatkan perolehan minyak and isirong minyak sawit mentah dari tandan buah kelapa sawit segar. Isu Proses pengekstrakan bukan saja merupakan proses kritikal dalam pengekstrakan minyak sawit di mana minyak dipisahkan dari hampas pepejal, tetapi ianya juga proses di mana sebahagian besar daripada kehilangan minyak berlaku. Walaupun proses pengsterilan yang efisen merupakan langkah pertama yang kritikal untuk memastikan pengekstrakan minyak yang tinggi, pengekstrakan yang tidak cekap akan menghalang faedah pengsterilan baik daripada direalisasikan. Telah dibuktikan bahawa pengekstrakan yang efisen mampu menampung kekurangan pengsterilan yang tidak cekap. Walau penting sekalipun proses dalam pengekstrakan minyak dalam pengilangan kelapa sawit, cara pengekstrakan tidak berubah semenjak zaman Tan Sri Bek-Nielsen dari United Plantation yang diilhamkan dari kerja Unilever di Mongana, Belgium Congo di awal tahun 50an. Artikel penuh http://www.sciencepark.upm.edu.my/artikel/micrones_sistem_pengasingan_tempurung_dan_sabut_buah_kelapa_sawit-40797 |
sila komenBaca. Fikir. Kritis. Archives
July 2022
Categories |