Ikan zebra atau nama dagangnya Zebra Danio merupakan ikan air tawar tropika dari keluarga Cyprinidae dan berasal dari rantau Himalaya. Berbanding dengan haiwan seperti tikus, penyelidik/pengguna boleh melakukan ujian ke atas embrio ikan zebra pada kos yang lebih rendah dan mendapatkan hasil dalam masa yang lebih singkat. Masa menjalankan ujikaji berjaya di singkatkan daripada 14 hari menggunakan tikus makmal kepada 3 hari sahaja dengan menggunakan zebra fish.
Seekor ikan zebra betina boleh menghasilkan beratus embrio pada satu masa berbanding dengan tikus iaitu hanya sedozen. Ini dapat mengurangkan masa dan meningkatkan jumlah ujian dan ketepatan data.Ikan zebra juga mempunyai kira-kira 80% daripada urutan gen yang serupa dengan gen manusia. Selain itu, pengurangan ujian haiwan merupakan salah satu matlamat FDA yang dinyatakan dalam ISO10993 dimana ikan zebra adalah organisma alternatif yang sangat efisien bagi menggantikan tikus dan haiwan ujian lain. Penyelidik Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Syahida Ahmad daripada Jabatan Biokimia, Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul UPM, berjaya membangunkan Kit Danio Assay bagi mengesan secara pantas toksisiti bahan kimia atau sebatian secara kos efektif dengan menggunakan ikan hiasan ini. lagi berita
2 Comments
|
sila komenBaca. Fikir. Kritis. Archives
July 2022
Categories |